halaman

Sinopsis

Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama lima tahun. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa Bahasa Melayu UPSR. Penguasaan tatabahasa adalah penting bagi seseorang murid yang bakal menduduki UPSR untuk menulis sebuah karangan yang baik.

Isnin, 30 Mei 2011

Kata Adjektif

Kata Adjektif: - kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.
                        - terbahagi kepada beberapa jenis.
A) Sifat/ keadaan:
     Contoh        : subur, sihat, cergas.
     Contoh Ayat: 1. Pak Halim membubuh baja supaya
                              tanamannya subur.
                          2. Senaman melahirkan masyarakat
                              yang cergas.




                                                                                              
B) Ukuran:
     Contoh        : kecil, rendah, kerdil.
     Contoh Ayat: 1. Kwan Seng rendah berbanding adiknya.
                          2. Adik bongsu saya masih kecil.

C) Warna:
     Contoh         : kelabu, kuning, hijau.
     Contoh Ayat: 1. Kereta berwarna hijau itu milik abang.
                          2. Bunga kekwa berwarna kuning.
                         
D) Bentuk:
     Contoh        : bundar, kempis, bujur.
     Contoh Ayat: 1. Bola ragbi berbentuk bundar.
                          2. Tayar basikal saya kempis
                              kerana tercucuk paku.


                                                                                                                  
E) Waktu:
    Contoh: segera, silam, suntuk.
    Contoh Ayat: 1. Adik segera menjawab panggilan telefon itu.
                         2. Saya tersenyum apabila teringat kisah silam.

F) Perasaan:
    Contoh: kecewa, bahagia, ceria.
    Contoh Ayat: 1. Sundram bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang baik.
                         2. Mei Lan kecewa kerana tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.

G) Pandaindera:
     Contoh: pahit, masin, tawar.
     Contoh Ayat: 1. Sup itu tawar kerana emak terlupa membubuh garam.
                          2. Ubat batuk itu sangat pahit.

H) Cara:
     Contoh: cepat, jarang, laju.
     Contoh Ayat: 1. Gobin berjalan dengan laju kerana terlewat ke sekolah.
                          2. Alice dapat menjawab soalan Matematik itu dengan cepat

Kata Kerja

Kata Kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbuatan atau perlakuan.
Kata Kerja terbahagi kepada kepada dua:

Kata Kerja Transitif: - Kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan mesti disertai objek sebagai
                                       penyambut.

Contoh: 1. Alia membersihkan rumah.
             2. Dia membuang sampah.
             3. Mereka melayari internet.

Kata Kerja Tak Transitif: - kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan penyambut.

Contoh: 1. Dia sedang berlakon.
              2. Mereka bersenam.
              3. Gina tersenyum.
              4. Adik tidur lena di ruang tamu.
              5. Makanan yang ibu masak sudah terhidang di atas meja.

Selasa, 17 Mei 2011

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
Digunakan untuk orang yang dicakapkan.

Bentuk Tunggal : dia, ia, beliau, baginda.
Bentuk Jamak    : mereka

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
Dia / ia : -merujuk kepada diri orang ketiga yang umum.
               -ia tidak boleh digunakan untuk benda / binatang.
                                                      
Ayat     : 1) Dia selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

               2) Hasnah mengambil cuti kerana ia terpaksa pulang ke kampung.

Beliau : -merujuk kepada orang ketiga yang dihormati , mulia dan berjasa.
              -biasa digunakan untuk ibu bapa, guru, pemimpin, menteri, ketua polis,
               penghulu, pahlawan.
              -tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak, pencuri / penjenayah.

Ayat      : 1) Beliaulah yang telah merasmikan perpustakaan baru itu.

               2) Timbalan Perdana Menteri akan melawat Jepun. Beliau akan berada di
                   sana selama seminggu.

Baginda : -hanya digunakan untuk merujuk kepada raja, Sultan dan kerabat diraja.

Ayat       : 1) Baginda ialah seorang raja yang adil dan baik hati.

                 2) Permaisuri Agong akan melawat pusat kraftangan itu. Baginda akan
                     berangkat tiba pada pukul 2.00 petang.

Mereka : -merujuk kepada diri orang ketiga yang bilangannya melebihi satu.

Ayat      : 1) Pasangan pengantin itu kawan Minah. Mereka sudah berkenalan selama 7  
                   tahun.

                        2) Pasukan hoki kebangsaan akan berlepas ke Sydney. Mereka menaiki
                       pesawat MAS.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri Kedua:
Digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap (mendengar).
Bentuk Tunggal: awak, anda, engkau, kamu, encik, cik, tuan, puan, saudari/saudara, Tuanku.
Bentuk Jamak   : anda sekalian, awak semua, kamu berdua.

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Kedua:
Awak:  - merujuk kepada diri orang kedua yang rapat hubungan dengan kita.

Ayat  : 1) “Di mana awak simpan bola tadi?” tanya Kairul kepada Iswara.
            2) “Awak tidak boleh bertindak mengikut sesuka hati awak sahaja,” kata Farid kepada
Fikri.

Engkau:  - merujuk kepada diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
                   ( kurang sopan daripada awak / kamu )
                - digunakan ketika berdoa.
                - digunakan ketika kurang senang / marah.
                - hanya boleh digunakan terhadap orang yang lebih muda / sama / lebih rendah \
                  tarafnya daripada kita.

Ayat      : 1) Cis, berani engkau mencabar aku!

                2) “Mengapakah engkau kelihatan muram sahaja?” kata Kak Milah kepada adiknya.

                3) Engkau murahkanlah rezekiku, ya Allah.

Kamu : - digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
tetapi lebih halus daripada awak dan engkau.

Ayat    : 1) “Kamu perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya,” nasihat ayah kepada abang.
               2) “ Tolong berikan bungkusan ini kepada ibu kamu, ” pesan Mak Cik Khatijah.

Tuan Hamba: -bahasa sastera lama yang bermaksud tuan.
                         -digunakan pada zaman dahulu untuk menunjukkan hormat kepada orang yang
                           sama taraf dengan kita.

Ayat               : 1) “ Apakah hajat tuan hamba dating ke sini?” tanya Hang Tuah kepada Hang
                             Jebat.

Tuanku: - digunakan ketika bercakap dengan diri orang kedua seperti raja , sultan dan kerabat
                  diraja.

Ayat      : 1) “Seluruh rakyat telah diberitahukan tentang perkara itu, tuanku,” sembah pembesar
                     itu kepada Sultan.

Encik/Cik, Tuan/Puan, Saudara/Saudari:
-digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua yang dihormati/ kurang rapat hubungan dengan kita, mungkin tidak dikenali.

Tuan       : -merujuk kepada lelaki yang tinggi darjatnya.
Cik          : -merujuk kepada wanita yang belum kahwin.
Puan       : -merujuk kepada wanita yang telah kahwin.
Saudara : -merujuk kepada lelaki muda.
Saudari  : -merujuk kepada  perempuan muda. (biasa digunakan ketika surat-menyurat)

Ayat        : 1) “Tuan, ada seorang tetamu di luar,” kata Hasnah kepada majikannya.

                  2) “Boleh saya bantu saudari?” tanya jurujual itu kepada orang yang dicakapkan.

Rabu, 30 Mac 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1.            Kata Ganti Nama Diri Pertama
2.            Kata Ganti Nama Diri  Kedua
3.            Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Digunakan untuk orang yang bercakap.

Bentuk Tunggal:  saya, aku, beta, patik, hamba
Bentuk Jamak   :  kami, kita

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Saya:  -  digunakan ketika bercakap dengan
              a) orang yang baru dikenali
              b) orang yang lebih tua
              c) teman-teman

Ayat:  1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah
              kepada ibunya.

          2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana
              memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.

Aku:  -  digunakan ketika bercakap dengan
             a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat
             b) ketika berdoa kepada Tuhan
             c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat-
                 menyurat rasmi.

Ayat:  1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman.
       
          2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!

Beta:  -  digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.

Ayat:  1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai," titah
              Sultan Allauddin.

Patik:  -  digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap
               dengan raja / sultan.

Ayat:  1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang Tuah
              kepada Sultan.

Hamba:  -  digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat ( dengan
                  tujuan untuk merendahkan diri ) apabila bercakap dengan orang lain.

Ayat:  1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.

Kami:  -  digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya.
            -  tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.

Ayat:  1) Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.

          2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke
              kampung dengan segera.

Kita:  -  digunakan untuk merujuk orang yang bertutur.
          -  termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )

Ayat:  1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang
              memelihara kita sejak dari kecil lagi.

          2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata 
              ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.