halaman

Sinopsis

Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama lima tahun. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa Bahasa Melayu UPSR. Penguasaan tatabahasa adalah penting bagi seseorang murid yang bakal menduduki UPSR untuk menulis sebuah karangan yang baik.

Rabu, 30 Mac 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1.            Kata Ganti Nama Diri Pertama
2.            Kata Ganti Nama Diri  Kedua
3.            Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Digunakan untuk orang yang bercakap.

Bentuk Tunggal:  saya, aku, beta, patik, hamba
Bentuk Jamak   :  kami, kita

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Saya:  -  digunakan ketika bercakap dengan
              a) orang yang baru dikenali
              b) orang yang lebih tua
              c) teman-teman

Ayat:  1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah
              kepada ibunya.

          2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana
              memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.

Aku:  -  digunakan ketika bercakap dengan
             a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat
             b) ketika berdoa kepada Tuhan
             c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat-
                 menyurat rasmi.

Ayat:  1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman.
       
          2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!

Beta:  -  digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.

Ayat:  1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai," titah
              Sultan Allauddin.

Patik:  -  digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap
               dengan raja / sultan.

Ayat:  1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang Tuah
              kepada Sultan.

Hamba:  -  digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat ( dengan
                  tujuan untuk merendahkan diri ) apabila bercakap dengan orang lain.

Ayat:  1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.

Kami:  -  digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya.
            -  tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.

Ayat:  1) Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.

          2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke
              kampung dengan segera.

Kita:  -  digunakan untuk merujuk orang yang bertutur.
          -  termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )

Ayat:  1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang
              memelihara kita sejak dari kecil lagi.

          2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata 
              ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.

1 ulasan:

  1. Terima Kasih kerana blog ini byk membantu sy. Jutaan terima kasih sekali lg

    BalasPadam