halaman

Sinopsis

Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama lima tahun. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa Bahasa Melayu UPSR. Penguasaan tatabahasa adalah penting bagi seseorang murid yang bakal menduduki UPSR untuk menulis sebuah karangan yang baik.

Selasa, 17 Mei 2011

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
Digunakan untuk orang yang dicakapkan.

Bentuk Tunggal : dia, ia, beliau, baginda.
Bentuk Jamak    : mereka

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
Dia / ia : -merujuk kepada diri orang ketiga yang umum.
               -ia tidak boleh digunakan untuk benda / binatang.
                                                      
Ayat     : 1) Dia selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

               2) Hasnah mengambil cuti kerana ia terpaksa pulang ke kampung.

Beliau : -merujuk kepada orang ketiga yang dihormati , mulia dan berjasa.
              -biasa digunakan untuk ibu bapa, guru, pemimpin, menteri, ketua polis,
               penghulu, pahlawan.
              -tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak, pencuri / penjenayah.

Ayat      : 1) Beliaulah yang telah merasmikan perpustakaan baru itu.

               2) Timbalan Perdana Menteri akan melawat Jepun. Beliau akan berada di
                   sana selama seminggu.

Baginda : -hanya digunakan untuk merujuk kepada raja, Sultan dan kerabat diraja.

Ayat       : 1) Baginda ialah seorang raja yang adil dan baik hati.

                 2) Permaisuri Agong akan melawat pusat kraftangan itu. Baginda akan
                     berangkat tiba pada pukul 2.00 petang.

Mereka : -merujuk kepada diri orang ketiga yang bilangannya melebihi satu.

Ayat      : 1) Pasangan pengantin itu kawan Minah. Mereka sudah berkenalan selama 7  
                   tahun.

                        2) Pasukan hoki kebangsaan akan berlepas ke Sydney. Mereka menaiki
                       pesawat MAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan