halaman

Sinopsis

Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama lima tahun. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa Bahasa Melayu UPSR. Penguasaan tatabahasa adalah penting bagi seseorang murid yang bakal menduduki UPSR untuk menulis sebuah karangan yang baik.

Isnin, 30 Mei 2011

Kata Adjektif

Kata Adjektif: - kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.
                        - terbahagi kepada beberapa jenis.
A) Sifat/ keadaan:
     Contoh        : subur, sihat, cergas.
     Contoh Ayat: 1. Pak Halim membubuh baja supaya
                              tanamannya subur.
                          2. Senaman melahirkan masyarakat
                              yang cergas.




                                                                                              
B) Ukuran:
     Contoh        : kecil, rendah, kerdil.
     Contoh Ayat: 1. Kwan Seng rendah berbanding adiknya.
                          2. Adik bongsu saya masih kecil.

C) Warna:
     Contoh         : kelabu, kuning, hijau.
     Contoh Ayat: 1. Kereta berwarna hijau itu milik abang.
                          2. Bunga kekwa berwarna kuning.
                         
D) Bentuk:
     Contoh        : bundar, kempis, bujur.
     Contoh Ayat: 1. Bola ragbi berbentuk bundar.
                          2. Tayar basikal saya kempis
                              kerana tercucuk paku.


                                                                                                                  
E) Waktu:
    Contoh: segera, silam, suntuk.
    Contoh Ayat: 1. Adik segera menjawab panggilan telefon itu.
                         2. Saya tersenyum apabila teringat kisah silam.

F) Perasaan:
    Contoh: kecewa, bahagia, ceria.
    Contoh Ayat: 1. Sundram bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang baik.
                         2. Mei Lan kecewa kerana tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.

G) Pandaindera:
     Contoh: pahit, masin, tawar.
     Contoh Ayat: 1. Sup itu tawar kerana emak terlupa membubuh garam.
                          2. Ubat batuk itu sangat pahit.

H) Cara:
     Contoh: cepat, jarang, laju.
     Contoh Ayat: 1. Gobin berjalan dengan laju kerana terlewat ke sekolah.
                          2. Alice dapat menjawab soalan Matematik itu dengan cepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan