Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama:Digunakan untuk orang yang bercakap.
Bentuk Tunggal: saya, aku, beta, patik, hamba
Bentuk Jamak : kami, kita
Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Saya: - digunakan ketika bercakap dengan
a) orang yang baru dikenali
b) orang yang lebih tua
c) teman-teman
Ayat: 1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah
kepada ibunya.
2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana
memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.
Aku: - digunakan ketika bercakap dengan
a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat
b) ketika berdoa kepada Tuhan
c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat-
menyurat rasmi.
Ayat: 1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman.
2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!
Beta: - digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.
Ayat: 1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai," titah
Sultan Allauddin.
Patik: - digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap
dengan raja / sultan.
Ayat: 1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang Tuah
kepada Sultan.
Hamba: - digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat ( dengan
tujuan untuk merendahkan diri ) apabila bercakap dengan orang lain.
Ayat: 1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.
Kami: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya.
- tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.
Ayat: 1) Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.
2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke
kampung dengan segera.
Kita: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur.
- termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )
Ayat: 1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang
memelihara kita sejak dari kecil lagi.
2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata
ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.